Alhamdulillah...
Assalamualaikum...
Kali ni rasanya nak cerita pasal Solat Dhuha la...aku dah start konsisten buat setahun yang lepas, Alhamdulillah..banyak keajaiban yang berlaku dalam hidup aku.
Korang nak tau tak kebaikan dari Solat Sunat Dhuha ni??
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”
Semua manusia dekat bumi ni tak dapat lari dari kesilapan. So berubahlah sebelum terlambat. Buatlah Dhuha dengan istiqamah dan niat yang betul.
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Solat Dhuha ni boleh kita laksanakan samada 2 rakaat, 4, 6, 8 dan yang paling banyak 12 rakaat...niatnya :
Menurut Ensiklopedia Solat, antara surah yang dibaca selepas membaca Al-Fatihah adalah :
Kaedah 1 :
- Membaca Surah al-Syam pada rakaat yang pertama
- Membaca Surah al-Duha pada rakaat yang kedua
Kaedah 2 :
- Membaca surah al-Kafirun pada rakaat yang pertama
- Membaca surah al-Ikhlas pada rakaat yang kedua
Selepas selesai Solat Dhuha, kita bolehlah membaca doa di bawah :
Bukan untuk mengajar..tapi sama samalah kite belajar =)
www.ibuddd2010.blogspot.com
No comments:
Post a Comment